Sedih dengar anak melayu kita. Tapi tulah apa yang selalu saya dengar rintihan anak melayu terutama bila ramai kawan2 mereka masuk Universiti atau Kolej tapi dia dah terpaksa bekerja sebab tak diterima masuk mana2 IPTA..rasanya kalau kolej swasta atau IPTS tu tak susah nak masuk yang penting ada $$$$ kan? hmmm..bukan nak kata kat sape2, tapi hakikat yang saya dengar dari zaman sekolah dulu lagi.
“Saya nak masuk ATMA (sekarang UPNM) tapi tak dapat masuk sebab add math G, yerlah tingkatan 4 satu kelas pun saya tak masuk sebab PONTENG”
Perghhh pengakuan jujur seorang jurujual kat sebuah kafe yang saya sedang online sekarang ni. Oleh kerana berhawa dingin dan bertutup dengan kaca, apa mereka bualkan jelas saya dengar. Lepas tu dia cakap bapak dia kerja Navy atau Pegawai Tentera Laut, so ingat senanglah nak masuk ATMA, padahal tak semudah tu. Anak pegawai pun kalau syarat kemasukan tak lepas, takkan diorang nak bagi masuk.
Rasanya budak ni baru habis belajar dan masing2 bercerita latar belakang. Semuanya bersekolah kat Selangor ni dan semuanya melayu. SEDIH..SEDIH dan SEDIH.. Rasanya saya dulu pun ada jugak ponteng kelas sikit2 (hehehe..) tapi takdelah sampai satu hari, biasanya 1-2 kelas je terutama kelas sejarah..tu dapat SPM Sejarah 5C tapi subjek lain alhamdulillah (sebab tak pernah ponteng)..
Dulu nak ponteng sekolah punyalah takut. Kena ada sebab kuat dulu baru berani, kalau tak, tak berani. Yerlah duk asrama kan, nak ponteng ke mana sangat..Dulu ponteng pun samada duk kat surau sekolah atau ada “port khas” hehe tapi still dalam sekolah..
TAPI SEKARANG??
Dah 2-3 kali saya terserempak ngan pelajar lompat pagar. Macam takde rasa bersalah langsung..Ya Allah..ingat duk kawasan anak2 orang kaya ni, semangatlah nak belajar, rupanya ada yang lebih teruk dari kawasan orang miskin. Bukan semua, ada sesetengah dari mereka..
Kalau orang miskin terpaksa berenti sekolah sebab tak ada duit, mereka ni pulak tak nak pergi sekolah sebab banyak dah duit..Mungkin sebab mereka rasa tak perlu belajar bersungguh sebab mak bapak dah kaya, nanti harta mak bapak diorang pun jadi yang diorang jugak..hmmm yerlah tu, tu pun selagi mak bapak diorang ada duit tu..bukan kita tau apa akan jadi 5-15 tahun akan datang..SEDIH…
Kalau adalah adik-adik pelajar yang baca tulisan ni dan sedang ponteng kat cc tu, pergilah masuk sekolah balik. Tak pun gi balik rumah dan wat kerja sekolah..Esok2 dah jangan ponteng lagi. Ingatlah mak bapak kita yang susah cari duit tu. Walaupun duit mak bapak tu banyak, jangan selesa sangat sebab rezeki tu tuhan boleh tarik kejap je..Kepada ibu bapa (nasihat kat diri sendiri jugak ni), sama2lah kita nasihat dan jaga anak kita..Insyallah kita mampu mengubahnya.
Better Late Than Never
Insyaalah..dimana ade kemahuan, di situ ade kejayaan
dipetik dari : wanmus.com
Saturday, October 30, 2010
ponteng sekolah tapi nak masuk universiti...
Posted by Ahmad Solehin (Mat-In) at 4:11 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








0 comments:
Post a Comment